Gempar kereta terbakar di Taman Sri Muda

Sinar Harian
Januari 7, 2022 14:37 MYT
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Kota Kemuning, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada malam Khamis. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Suasana berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini gempar apabila sebuah kereta terbakar, pada malam Khamis.
Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berjaya keluar dari kenderaannya.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam.
"Kejadian disedari pasukan kenderaan utiliti bomba yang kebetulan sedang membuat rondaan banjir di lokasi kejadian.
"Pasukan itu segera memaklumkan kejadian kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Norazam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi kejadian.
"Sepasukan anggota bomba terdiri daripada enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera tiba pada jam 11.39 malam.
"Kereta mangsa didapati terbakar kira-kira 50 peratus dan api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
ARTIKEL PENUH DI SINAR HARIAN
#kereta terbakar #taman sri muda #Balai Bomba dan Penyelamat #Norazam Khamis
;