Gempa Turkiye, Syria: Angka kematian meningkat kepada 3,830

Astro Awani
Februari 6, 2023 23:50 MYT
Anggota pertahanan awam dan penduduk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di bandar Harem berhampiran sempadan Turkiye, di wilayah Idlib, Syria, Isnin, 6 Februari 2023. -AP
ANKARA: Angka kematian meningkat kepada 3,830 susulan gempa bumi yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam.
Sekurang-kurangnya 3,830 kematian telah disahkan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria awal pagi Isnin.
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.
Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal kerajaan, menurut agensi berita SANA.
Agensi Pertahanan Awam Syria, yang dikenali sebagai "White Helmets," melaporkan terdapat 740 kematian di kawasan yang dikawal oleh pembangkang.
Jumlah keseluruhan yang cedera meningkat kepada 3,531 di seluruh Syria dan 14,483 di Turkiye.
#gempa bumi #Turkiye #Syria #Fuat Oktay