Gempa sederhana landa utara Sumatera, gegaran dirasai di Selangor, Kuala Lumpur
Astro Awani
Ogos 11, 2021 14:39 MYT
Ogos 11, 2021 14:39 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada jarak 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.
Ia berada pada koordinat 1.3° Utara 99.4° Timur dengan kedalaman 19 kilometer.
Berdasarkan penilaian, gegaran turut dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.