Gempa sederhana gegar selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami

Bernama
Disember 8, 2017 08:36 MYT
Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.5 melanda selatan Sumatera malam tadi. - Gambar fail
Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.5 melanda selatan Sumatera pada pukul 11.16 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Satu kenyataan daripada jabatan itu menyebut pusat gempa itu terletak 776km barat daya Pontian, Johor.
Tiada ancaman tsunami ekoran gempa itu.-- BERNAMA
#gempa bumi #Jabatan Meteorologi Malaysia #Johor #Pontian #Selatan Sumatera #tsunami
;