Gempa Sabah: Malim Gunung akan dibantu - Najib

Israr Khalid
Jun 13, 2015 08:26 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kerana dianggarkan 250 Malim Gunung akan terjejas pendapatan susulan penutupan taman itu.- Gambar Fail
Malim Gunung yang terjejas akibat gempa bumi di Sabah akan dibantu sepanjang tiga bulan pelaksanaan kerja-kerja pemulihan di Taman Kinabalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kerana dianggarkan 250 Malim Gunung akan terjejas pendapatan susulan penutupan taman itu.
Bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyara keluarga sepanjang tempoh tersebut.
"Selain penghargaan buat Malim Gunung, kerajaan juga bersetuju memberi penghargaan kepada semua anggota penyelamat dan petugas yang terlibat dalam misi menyelamat mangsa gempa.
"Kita juga ambil maklum selain drpd mereka yg terkorban, komuniti tempatan, di mana rumah mereka yg rosak juga akan diberi bantuan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada Jumaat.
Terdahulu, mesyuarat dimulakan dengan tafakur selama seminit bagi memperingati mangsa gempa 5.9 magnitud itu yang mengorbankan 18 nyawa.
#gempa #malim gunung #najib
;