Gempa Ranau: Tiga gempa bumi lemah landa Sabah
Bernama
Jun 25, 2015 18:25 MYT
Jun 25, 2015 18:25 MYT
Tiga gempa bumi lemah berlaku di Sabah hari ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu, gempa pertama, berukuran 2.8 pada skala Richter, berlaku pada 10.08 pagi, gempa kedua, berukuran pada 1.9 skala Richter, berlaku pada 1.24 tengah hari dan gempa ketiga, berukuran 2.1 pada skala Richter, berlaku pada 3.30 petang.
Dua gempa susulan melanda Ranau
Susulan Gempa Ranau: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.0 berlaku
Pusat gempa bagi kejadian pertama terletak 25 kilometer di barat laut bandar Ranau, kedua, 16 kilometer di barat daya bandar itu dan ketiga, 24 kilometer di timur laut Tambunan.
Gambar Terkini: Apa yang berlaku sewaktu gempa bumi di Ranau
Usaha mencari dan menyelamat gempa bumi Sabah
Menurut jabatan itu, gegaran turut dirasai di Ranau. Pada 5 Jun, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau dan kawasan sekitarnya, menyebabkan 18 orang kehilangan nyawa.