Gempa Lombok: Jenazah Siti Nur Ismawida selamat tiba di Masjid Ar-Rahimah
Astro Awani
Julai 31, 2018 19:24 MYT
Julai 31, 2018 19:24 MYT
Jenazah warga Malaysia, Siti Nur Ismawida, mangsa gempa Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia sudah tiba di Masjid Ar-Rahimah di ibu negara sekitar jam 6.55 petang tadi.
Jenazah Siti Nur Ismawida akan disembahyang dan disemadikan selepas solat Maghrib hari ini.
Kru Astro AWANI berada di Masjid Ar-Rahimah dan kami akan membawakan liputan terkini berhubung majlis pengebumian arwah dari semasa ke semasa.
Berita kematian sukarelawan yang berusia 30 tahun itu amat mendukacitakan seluruh warga belia berkemahiran di Malaysia.
#gempa bumi
#Gunung Rinjani
#jenazah
#Kuala Lumpur
#Lombok
#Malaysia
#mangsa
#Masjid Ar-Rahimah
#Siti Nur Ismawida