Gempa Lombok: Dr Wan Azizah ucap takziah, sedia bantu Indonesia

Bernama
Mac 17, 2019 05:17 MYT
WAN AZIZAH: Takziah buat anggota keluarga, sahabat handai dan komuniti wartawan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datin Tai Siew Kim yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat gempa bumi di Lombok Utara.
"Takziah buat anggota keluarga, sahabat handai dan komuniti wartawan atas pemergian mendiang Datin Tai Siew Kim. Semoga tabah dengan ujian ini," katanya menerusai catatan di akaun Twitter miliknya, Ahad malam.
Terdahulu, beliau dalam catatan di Twitternya menzahirkan rasa dukacita terhadap berita sedih itu yang mengorbankan rakyat Malaysia.
Beliau berkata kerajaan Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersedia untuk membantu Indonesia dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
BACA: Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terkorban
"Berduka cita mendengar khabar berita kejadian tanah runtuh di Lombok yang turut mengorbankan rakyat Malaysia. Semoga semua pihak yang terkesan dengan kejadian runtuh ini terus sabar dan tabah.
Kerajaan Malaysia melalui @mynadma bersedia untuk membantu Indonesia @jokowi," katanya.

Takziah buat ahli keluarga, sahabat handai dan komuniti wartawan atas pemergian mendiang Datin Tai Siew Kim. Semoga tabah dengan ujian inihttps://t.co/pUi8NQDaA1

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) March 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wisma Putra mengesahkan seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter yang menggegarkan Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada pukul 2.07 petang waktu tempatan, pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Siew Kim, 56 tahun, yang bertugas sebagai Timbalan Eksekutif Ketua Pengarang Sin Chew Daily.
Turut berkongsi kesedihan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam status Twitternya "Sayu atas berita kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat siang tadi dan turut melibatkan beberapa orang rakyat Malaysia. #DoaBuatLombok.
"Saya yakin perwakilan Malaysia di Indonesia akan segera memberikan bantuan kepada warganegara dan keluarga yang terlibat," katanya sambil mendoakan keluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan itu.

Sayu atas berita kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat siang tadi dan turut melibatkan beberapa orang rakyat Malaysia. #DoaBuatLombok

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam status ucapan takziah di Twitternya turut berkongsi tiada pelajar Malaysia terlibat dalam tragedi itu.

Sedih menerima berita gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat Tengah. Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memaklumkan tiada pelajar Malaysia yang terlibat.#DoaUntukLombok

— Maszlee Malik (@maszlee) March 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sedih menerima berita gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat Tengah. Education Malaysia Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memaklumkan tiada pelajar Malaysia yang terlibat. #DoaUntukLombok.
-- BERNAMA
#Agensi Pengurusan Bencana Negara #DoaUntukLombok #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Lombok Utara #NADMA #Tai Siew Kim #ucapan takziah
;