Gempa kecil 3.1 landa Ranau

Bernama
Mac 11, 2018 14:56 MYT
Gempa bumi kecil berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.46 malam ini. - Gambar hiasan
Gempa bumi kecil berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.46 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa berlaku di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur.
"Gegaran dirasakan di Ranau," kata kenyataan itu.
Pada Khamis, daerah berbukit itu dilanda gempa sederhana 5.2, diikuti oleh satu lagi berukuran 3.1 pada skala Richter sehari kemudian. -- Bernama
BACA: 80 malim gunung bersiap sedia di Gunung Kinabalu
#gempa bumi #Gunung Kinabalu #Jabatan Meterologi #MetMalaysia #Ranau