Gempa Jakarta: Rakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga - Kedutaan Malaysia
Kenyataan Media
Ogos 2, 2019 21:15 MYT
Ogos 2, 2019 21:15 MYT
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menasihati rakyat Malaysia yang berada di beberapa kawasan sekitar Indonesia yang dilanda gempa bumi supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Kawasan-kawasan tersebut adalah persisiran pantai Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.
Menurut kenyataan terbaharu sebentar tadi, kedutaan turut memaklumkan supaya rakyat Malaysia mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62215224947 atau +6281380813036 dan laman sosial Facebook Embassy Malaysia Jakarta,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Jumaat.
Terdahulu, satu gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda pulau Sumatera, Indonesia.
Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gempa berlaku pada kedalaman 59 kilometer iaitu 227 kilometer dari bandar Teluk Bentung, dekat sini.