Gempa Indonesia: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - Jabatan Meteorologi
Sinar Harian
Februari 25, 2022 11:24 MYT
Februari 25, 2022 11:24 MYT
TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu dirasai di Barat Semenanjung negara serta beberapa negeri lain.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya dalam laman Facebook pada Jumaat.
Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan gempa berlaku pada pukul pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
*Berita asal di Sinar Harian