Gempa: Dua mayat dibawa turun dari Gunung Kinabalu
Astro Awani
Jun 5, 2015 23:10 MYT
Jun 5, 2015 23:10 MYT
Dua mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun selepas 13 jam kejadian berlaku, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini.
Mayat pertama yang dipercayai seorang jurupandu arah tiba di Timpohon Gate di kaki Gunung Kinabalu pada jam 8.25 malam tadi.
Manakala mayat kedua yang dipercayai seorang wanita tiba di Timpohon Gate pada jam 8.45 malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mayat kedua-dua mangsa dijangka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
Operasi dijangka berterusan sepanjang malam ini.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan satu lagi gegaran gempa bumi berukuran 4.3 magnitud berlaku di 20km barat laut Ranau, Sabah malam tadi.