Gempa bumi Turkiye: JBPM sedia tukar pasukan SAR jika perlu

Bernama
Februari 15, 2023 06:45 MYT
JBPM sentiasa bersedia melakukan pertukaran pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye sekiranya ada keperluan berbuat demikian. -Gambar fail/Twitter Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia melakukan pertukaran pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye sekiranya ada keperluan berbuat demikian, kata Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.
Beliau yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pengarah JBPM pada Rabu berkata pertukaran bukan sahaja melibatkan anggota, malah termasuk aset dan anjing pengesan (K9).
"Kita tunggu (arahan) sekiranya ada pertukaran bagi memastikan misi SAR lancar.
"Sudah pasti ada arahan, susulan tinjauan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang kini berada di Gaziantep bertemu anggota penyelamat," katanya pada sidang media selepas Majlis Hormat Ketua Pengarah JBPM di Ibu Pejabat JBPM di sini Rabu.

JBPM sedia tukar pasukan SAR di Turkiye jika perlu https://t.co/gcVLWW4pVn pic.twitter.com/L47KKFgM38

— BERNAMA (@bernamadotcom) February 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, 36 anggoota JBPM dan dua anjing K9 iaitu Denti dan Frankie, menyertai misi SAR di Turkiye bersama anggota penyelamat lain yang terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Abdul Wahab yang berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan anggotanya dan anjing K9 dalam misi berkenaan berkata penghantaran pasukan itu, amat bermakna kepada pasukan 'wira merah' selaras dengan misi pasukan itu.
Gempa Bumi Turkiye | JBPM sedia tukar pasukan SAR jika perlu
"Kita sentiasa mengikuti perkembangan pasukan kita di sana (Turkiye). Setiap malam kita dapat laporan melalui panggilan video, Alhamdulillah semua anggota dan anjing K9 sihat dan dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.
Pada 6 Feb, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria, dan setakat 13 Feb, dilaporkan bilangan kematian mencecah 31,644 orang dengan 106,428 lagi cedera di Turkiye, manakala di Syria pula, 5,329 orang maut dan 14,500 orang cedera.
Setakat semalam, pasukan SAR negara telah mengeluarkan 47 mayat dan menyelamatkan lima sekeluarga.
Mengenai pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JBPM baharu menggantikan Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Abdul Wahab berkata beliau akan meneruskan legasi Mohammad Hamdan, bagi menjayakan agenda pemantapan pasukan 'wira merah' berteraskan konsep Malaysia Madani, yang diperkenal Anwar pada 19 Jan.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, Abdul Wahab menyerahkan nota serah tugas dan tongkat kuasa kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Edwin Galan Teruki dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Datuk Nor Hisham Mohammad.
-- BERNAMA
#JBPM #gempa turkiye #Turkiye serta Syria #Angkatan Tentera Malaysia
;