Gempa bumi sederhana Pulau Tanimbar

Bernama
April 30, 2019 14:09 MYT
Jabatan Kaji Cuaca dalam satu kenyataan menyebut bahawa gempa bumi itu berlaku 491 km tenggara dari Ambon, Indonesia. -Gambar hiasan
Gempa bumi sederhana berukuran skala Richter 5.2 melanda Pulau Tanimbar, Indonesia pada pukul 10.28 pagi ini.
Jabatan Kaji Cuaca dalam satu kenyataan menyebut bahawa gempa bumi itu berlaku 491 km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Gempa bumi itu sedalam 80 km, bagaimanapun, tidak membawa sebarang ancaman tsunami ke Malaysia, demikian menurut kenyataan itu.
#gempa bumi #Indonesia #Jabatan Kaji Cuaca #Jabatan Meteorologi Malaysia #pulau tanimbar
;