Gempa bumi sederhana landa Sumatera, Indonesia
Bernama
September 4, 2020 09:02 MYT
September 4, 2020 09:02 MYT
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 12.02 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 99 kilometer selatan Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 45 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA