Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud
Bernama
Mei 8, 2022 12:40 MYT
Mei 8, 2022 12:40 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, gempa bumi pada pukul 10.29 pagi itu berpusat di 78 kilometer (km) tenggara Kepulauan Talaud pada kedalaman 28km.
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA