Gempa bumi sederhana gegar Laut Seram, Indonesia

Bernama
Jun 24, 2021 04:33 MYT
Kejadian berlaku di kedudukan 134 km barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29 km. -USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan Laut Seram, Indonesia pada 10.42 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di kedudukan 134 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29 km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Laut Seram #MetMalaysia #ambon #Indonesia #Malaysia #tsunami #skala Richter #Jabatan Meteorologi Malaysia