Gempa bumi sederhana gegar kepulauan Talaud, Indonesia

Bernama
Mei 30, 2020 15:41 MYT
Gegaran itu berlaku kira-kira 17 kilometer timur dari Pulau Talaud pada kedalaman 83 kilometer.
Gempa bumi sederhana kuat berukuran 5.6 pada skala Richter dilapor melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 9.06 malam (waktu Malaysia).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 17 kilometer timur dari Pulau Talaud pada kedalaman 83 kilometer.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#ancaman tsunami #gempa bumi #Indonesia #Jabatan Meteorologi Malaysia #Kepulauan Talaud #MetMalaysia #Pulau Talaud