Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia pagi ini
Bernama
Ogos 22, 2020 10:29 MYT
Ogos 22, 2020 10:29 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada pukul 8.39 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA