BEIJING: Presiden China Xi Jinping menzahirkan rasa simpati kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Syria, Bashar al-Assad susulan gempa bumi yang melanda pada Isnin.
Beliau berkata gempa dahsyat itu mengakibatkan korban yang ramai, kecederaan serta kerugian harta.
Justeru, beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan dukacita kepada mangsa serta menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Beliau yakin di bawah pimpinan presiden, kerajaan dan rakyat di kedua-dua negara mampu mengharungi detik sukar dan membina semula kawasan yang terjejas secepat mungkin.
Dalam perkembangan berkaitan, Pasukan Penyelamat Ram iaitu tenaga penyelamat sosial pertama dari China telah mengerahkan sebuah pasukan pencari dan penyelamat dari Hangzhou pada pagi tadi dan dihantar ke kawasan yang mengalami bencana paling teruk di Turkiye.
Pasukan yang dijangka tiba di negara itu pada esok itu terdiri daripada lapan pakar penyelamat gempa bumi yang berpengalaman dan mereka turut dilengkapi alat pengesan yang dilengkapi dengan radar canggih, peralatan menyelamat dan anjing pengesan.
Selain itu, perantau China dan keturunan Cina di Turkiye juga mengumpulkan sumbangan berkaitan bencana merangkumi khemah, beg tidur dan selimut kepada badan-badan berkenaan hari ini.
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter telah melanda provinsi Kahramanmaras Turkiye semalam dan gempa susulan turut berlaku di beberapa kawasan sekitar.
Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya 10 provinsi di sekitar Kahramanmaras mengalami gempa yang serius dan setakat ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 2,379 orang maut dan jumlah kematian serta kecederaan dijangka meningkat.
Misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan pada masa ini dan kerajaan Turkiye telah melaksanakan rancangan kecemasan gred empat serta membuka laluan bantuan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Beliau berkata gempa dahsyat itu mengakibatkan korban yang ramai, kecederaan serta kerugian harta. - Foto AP Newsroom
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.
2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.
Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.
Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.
Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.
Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.
Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.
Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.