Gempa bumi Nepal: Saya dan pasukan KE7B selamat - Muhamad Muqharabbin

Astro Awani
April 25, 2015 19:23 MYT
MUHAMMAD MUQHARABBIN: Lapangan terbang Kathmandu ditutup - Gambar fail
Lapangan terbang di Kathmandu, Nepal ditutup sementara sebahagian jalan di bandar turut ditutup kerana banyak tiang lampu yang tumbang.
Pendaki Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin bagaimanapun berkata, Pasukan KE7B Kayuhan Tinggi Annapurna dilaporkan selamat dan masih berada di Kathmandu.
"Alhamdulillah. Sebarang maklumat lanjut akan saya maklumkan dari semasa ke semasa, penerbangan saya ke KTM (Kathmandu) hari ini terpaksa dibatalkan dan tunda ke hujung bulan.
"Buat keluarga peserta ekspedisi boleh terus hubungi Siti Zulaikha di 0169035130. Semoga Allah pelihara rakyat Malaysia dan team KE7B di sana.. Bismillah," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Pada awal Sabtu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Laxmi Prasad Dhakal memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 114 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi berskala 7.9 magnitud yang melanda Nepal.
Angka korban bagaimanapun terus meningkat mendadak melebihi 600 nyawa menurut sumber terbaru polis Nepal.
Sementara itu laman Twitter China Xinhua News memberitahu, nasib kira-kira 400 pendaki di sana masih belum diketahui.

BREAKING: Nepal #earthquake triggers #avalanche on north Mt Qomolangma (Everest), altitude 7,000m in China's Tibet; 400 climbers no casualty

— China Xinhua News (@XHNews) April 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

At least 114 killed in #Nepal Magnitude 8.1 #earthquake: Interior Ministry pic.twitter.com/cubHFDa17h

— China Xinhua News (@XHNews) April 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#everset #KE7B #pendaki
;