Gempa bumi Myanmar korban 12 nyawa

AFP
November 11, 2012 11:21 MYT
Gempa bumi kuat yang menggegar Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang di Mandalay.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kawasan bandar iaitu 116 kilometer utara Mandalay dan diikuti gempa susulan.
Empat pekerja yang terhumban ke dalam Sungai Irrawaddy apabila gempa mengoncang jambatan yang sedang mereka bina di utara Mandalay adalah antara yang dipercayai mati.
Sementara itu, biara yang runtuh di perkampungan berdekatan Kyauk Myaung mengakibatkan dua orang mati.
Sekurang-kurangnya enam lagi terbunuh di bandar Sint Ku termasuk dua orang ketika lombong emas runtuh di situ.
#gempa #Mandalay #Myanmar