Gempa bumi lemah landa Tongod, Sabah

Bernama
Januari 5, 2018 02:52 MYT
Gempa bumi yang berpusat di 37 kilometer timur Tongod itu menyebabkan gegaran boleh dirasai di sekitar kawasan Tongod.
Gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter berlaku di Tongod, Sandakan di Sabah pada 8.40 pagi ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa bumi yang berpusat di 37 kilometer timur Tongod itu menyebabkan gegaran boleh dirasai di sekitar kawasan Tongod.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Jabatan Meteorologi #Sabah #Sandakan #Tongod