Gempa bumi lemah landa Ranau malam tadi

Bernama
Mei 1, 2016 10:41 MYT
Pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 11 kilometer barat dari Ranau.
Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 11.39 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 11 kilometer barat dari Ranau.
Menurut kenyataan itu gegaran turut dirasai di Ranau.
#gempa bumi #Jabatan Meterologi #Ranau #Sabah #skala Richter
;