Gempa bumi lemah dikesan di Ranau - MetMalaysia

Bernama
Januari 29, 2025 19:07 MYT
Gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.- FB MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang dengan kedalaman empat kilometer.
  • Gegaran gempa bumi dirasai di sekitar Ranau, dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini.
  • Pihak Bomba dan Penyelamat Sabah telah menerima maklumat mengenai kejadian ini dan sedang melakukan pemantauan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.
"Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu agar mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan dan pemantauan sedang dilakukan.
"Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima dan pihak kami sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan," katanya.
-- BERNAMA
#gempa bumi lemah #Ranau #MetMalaysia #Bomba Sabah #terkini
;