Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah

Bernama
Jun 7, 2023 21:22 MYT
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.
"Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi lemah #Semporna #Sabah #MetMalaysia
;