Gempa bumi lemah di pesisir pantai Lahad Datu

Bernama
Julai 4, 2020 22:50 MYT
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di pesisiran pantai Lahad Datu.
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di pesisiran pantai Lahad Datu, Sabah pada 9.20 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 16 kilometer Tenggara dari Manar, Sabah.
Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi lemah #Jabatan Meteorologi Malaysia #Lahad Datu #Manar #Pesisiran pantai #Sabah #skala Richter
;