Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

Bernama
Mei 13, 2021 23:14 MYT
Gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain dalam daerah Ranau. - Gambar/ MetMalaysia
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Ranau pada 8.42 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan gempa itu berlaku 13 kilometer di barat pekan Ranau.
Menurut kenyataan tersebut, gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain dalam daerah Ranau.

Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pd skala Richter tlh berlaku di Kundasang, Sabah pukul 8:42 mlm, 13 Mei 2021. Pusat gempa bumi terletak 6.0° Utara dan 116.6° Timur dengan kedalaman 10 km. 13km Barat Ranau,Sabah. Gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/3zYSKSQ3s5

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada bulan lepas, Ranau dilanda tiga gempa bumi lemah iaitu pada 18 April lepas bermagnitud 2.8 diikuti keesokan harinya yang bermagnitud 2.7 dan pada 23 April (bermagnitud 2.5).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkaitan kejadian itu.
#gempa bumi #Kundasang #Sabah #lemah #Gunung Kinabalu #MetMalaysia
;