Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Bernama
April 20, 2023 11:21 MYT
April 20, 2023 11:21 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.
"Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia," menurut kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA