Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah

Bernama
September 16, 2020 13:07 MYT
MetMalaysia berkata, memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas. - Gambar file
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas.
Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran.
"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut jabatan itu.
#Beluran #gempa bumi #Malaysia #MetMalaysia #Sabah