Gempa bumi lemah 3.8 di Beluran, Sabah
Radhi Muslim
Mac 28, 2022 22:00 MYT
Mac 28, 2022 22:00 MYT
BELURAN: Satu gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8:39 malam, pada Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui akaun media sosial rasminya menyatakan gempa berlaku dengan kekuatan magnitud 3.8.
Jarak gempa dilaporkan berlaku pada 47 kilometer dari timur Pitas dengan kedalaman tujuh kilometer.
MetMalaysia turut memaklumkan, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya.
Jabatan berkenaan akan terus memantau keadaan terbabit.