Astro Awani logo

Gempa bumi landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

Farhan Hakimi
Mac 17, 2025 06:55 MYT
Gempa bumi landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia
Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6:23 pagi waktu tempatan.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.
BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa tersebut adalah 109 kilometer.
Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.
Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.
#gempa bumi #tsunami #gegaran #Lembah Klang
;