Gempa bumi kuat landa Pulau Tonga

Bernama
Oktober 18, 2017 21:49 MYT
Gempa bumi berkenaan tidak mengakibatkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Pulau Tonga pada pukul 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 891 km dari tenggara Laucala, Fiji dan 7,919 dari tenggara Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata gempa bumi berkenaan tidak mengakibatkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Pulau Tonga #Semporna #tsunami
;