Gempa bumi kuat di Kepulauan Mariana dan sederhana di Sulawesi

Bernama
Jun 29, 2019 01:49 MYT
Gempa bumi di Sulawesi yang berlaku 210km utara dari Kendari, pada pukul 2.07 pagi ini juga tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik malam tadi manakala gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di pulau Sulawesi, Indonesia, awal pagi ini.
Menurut, satu kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, hari ini, gempa di Kepulauan Mariana yang berlaku 1,778km selatan dari Yosuka, Jepun itu pada pukul 11.51 malam tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi di Sulawesi yang berlaku 210km utara dari Kendari, pada pukul 2.07 pagi ini juga tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Jabatan Meteorologi Malaysia #Kepulauan Mariana #Malaysia #Sulawesi