Gempa bumi kuat berlaku di utara laut Maluku
Bernama
November 21, 2014 22:45 MYT
November 21, 2014 22:45 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda utara laut Maluku, Indonesia pada pukul 6.10 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa ialah 179 kilometer (km) dari barat laut Ternate, Indonesia dan 991 km tenggara Semporna, Sabah.
Gempa tidak membawa sebarang ancaman tsunami.