Gempa bumi kuat 6.3 skala richter landa Albania

Bernama
November 26, 2019 12:52 MYT
Gegaran berlaku kira-kira 226 kilometer timur dari Bari, Itali pada kedalaman 34km.
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Albania pada 10.54 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 226 kilometer timur dari Bari, Itali pada kedalaman 34km.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#Albania #gempa bumi #Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia
;