Gempa bumi di utara Sumatera, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia
Bernama
Januari 16, 2017 21:51 MYT
Januari 16, 2017 21:51 MYT
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda utara Sumatra, Indonesia malam ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) barat daya dari Binjai, Indonesia dan 264km barat daya dari Lumut, Perak.
Gegaran gempa bumi yang berlaku pada pukul 8.42 malam itu turut dirasai di Semenanjung Malaysia, demikian menurut kenyataan itu. -- Bernama