Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud landa utara Chile

Bernama
Julai 19, 2024 03:30 MYT
Pusat gempa bumi terletak 43 kilometer (27 batu) tenggara kampung San Pedro de Atacama di Wilayah Antofagasta pada kedalaman 128 kilometer. - Gambar hiasan
MOSCOW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik.
Menurut data dari Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), gempa bumi itu pada mulanya dicatatkan berukuran 6.8 magnitud, tetapi ahli seismologi kemudian menaikkan anggaran mereka.
Pusat gempa bumi terletak 43 kilometer (27 batu) tenggara kampung San Pedro de Atacama di Wilayah Antofagasta pada kedalaman 128 kilometer, kata ahli seismologi.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan material.
-- BERNAMA
#gempa bumi kuat #Chile #laporan kerosakan #angka korban