Gempa bumi bermagnitud 5.6 gegarkan bandar Lampung, Indonesia
Bernama
Mei 31, 2022 17:49 MYT
Mei 31, 2022 17:49 MYT
HONG KONG: Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter berlaku 115 kilometer (km) Barat Daya Bandar Lampung, Indonesia pada pagi Selasa, lapor Xinhua memetik Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa, dengan kedalaman 70.64 km, ditentukan pada 5.8913 darjah selatan dan 104.3239 darjah timur.
-- BERNAMA