Gempa Aceh: Malaysia kongsi perasaan sedih Indonesia - PM Najib

Bernama
Disember 7, 2016 19:39 MYT
Datuk Seri Najib berkata Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia. - Foto AFP
Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.
"Takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia berkongsi perasaan sedih Indonesia," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya.
Datuk Seri Najib berkata Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia.

Takziah kpd keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia brkongsi perasaan sedih Indonesia & sedia hulur sebarang bantuan yg perlu

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia mengesahkan 52 orang maut setakat ini dalam gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang melanda daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh, pagi tadi.
Namun pihak tentera mengesahkan angka korban bakal melebihi seratus nyawa.
Dilaporkan tragedi itu turut menyebabkan kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan perniagaan di Indonesia.
Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana tersebut. -- Bernama
#angka korban meningkat #Banda Aceh #bencana #gempa bumi #Najib Razak #pelancong
;