Gelaran Sultanah Kelantan tidak boleh diguna tanpa pengumuman rasmi

Astro Awani
Julai 16, 2019 08:12 MYT
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Kelantan pada Isnin, orang awam dan pihak media dinasihati untuk tidak mudah dipengaruhi penularan berita yang tidak sah di media sosial.
Tiada siapa yang layak bergelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau 'Queen of Kelatan' tanpa pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Kelantan pada Isnin, orang awam dan pihak media dinasihati untuk tidak mudah dipengaruhi penularan berita yang tidak sah di media sosial.
Menurut Datuk Perwira Raja Istana Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, Istana Kelantan menyeru rakyat dan pihak media supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penyebaran berita dari sumber yang tidak sahih terutama di media sosial.
“Yang Teramat Mulia, Dr Tengku Muhamad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan Ibunda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid membawa gelaran Raja Perempuan Tengku Anis," jelasnya.
Sementara itu sumber dekat dengan Istana Kelantan mengesahkan penceraian Rihana Oksana Gorbatenko, 26, yang diberi laporan meluas melalui media baru-baru ini selepas sijil cerainya tular di media sosial.
Oksana dilaporkan telah diceraikan dengan talak tiga bertarikh 22 Jun di Singapura.
BACA: Rihana Oksana dicerai talak tiga?
#Istana Kelantan #Nik Mohd Shafriman Nik Hassan #pengumuman rasmi #Permaisuri Kelantan #Queen of Kelantan #Raja Perempuan Kelantan #Rihana Oksana Gorbatenko #Sultanah Kelantan
;