Gegar anjur Kayuhan Merdeka di Kelantan sempena bulan kemerdekaan
Astro Awani
Ogos 20, 2020 10:53 MYT
Ogos 20, 2020 10:53 MYT
Pelbagai cara dilakukan dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan sewaktu perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dengan mengamalkan norma baru sejajar saranan kerajaan.
Tidak terkecuali, stesen radio Astro, Gegar turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan.
Kali ini, Gegar menganjurkan Kayuhan Merdeka Gegar bersama penyampai radio dan selebriti Kelantan.
Menurut pengurus kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, program Kayuhan Merdeka kali ini disertai 63 pengayuh sempena angka 63 tahun kemerdekaan.
"Walaupun kita dalam situasi pandemik, kita tetap mahu menyambut kemerdekaan dengan cara yang membanggakan.
"Kami di Gegar nak cuba ajak orang ramai bersukan dengan gaya hidup sihat.
"Macam dulu PKP, kita duduk rumah... bila lifted, kita nak sama-sama nak berkumpul, tapi dengan SOP yang ditetapkan.
"Semoga 63 kayuhan ini boleh menaikkan semangat kami," kata Raja Nadia.
Kayuhan Merdeka Gegar kali ini adalah sejauh 63 kilometer, melalui bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Pulau Gajah serta beberapa lokasi tumpuan pelancongan.
Penganjuran Kayuhan Merdeka Gegar ini juga turut mendapat kerjasama Malaysia Inbound Tourism Association (KITA), Malaysia Associate Youth Club (MAYC) dan badan bukan kerajaan (NGO).
Selain penyampai radio, DJ Shah, kayuhan ini turut disertai bekas pemain The Red Warriors (TRW) Piya.
#63 tahun kemerdekaan
#DJ Shah
#Gegar
#Kayuhan Merdeka Gegar
#Malaysia Associate Youth Club
#Malaysia Inbound Tourism Association
#Piya
#Raja Nadia Salwana Raja Hisham
#The Red Warriors