Gedung IKEA kedua dibuka di Cheras

Izza Izelan
November 19, 2015 01:17 MYT
Dengan tema "Pembukaan IKEA Cheras yang baharu", IKEA kini dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam, manakala hari Sabtu dan Ahad waktu operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 11 malam. - Gambar Astro AWANI/IZZA IZELAN BASAR
IKEA Malaysia pada Khamis telah membuka pintu gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, di sini.
Cawangan kedua ini meliputi ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi dan merupakan 20 peratus lebih besar dari cawangan pertama Malaysia yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Gedung terbesar IKEA di negara ini turut dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bengt G Carlsson dengan gimik perasmian tradisi Sweden, iaitu dengan menggergaji kayu log sebagai tanda simbolik permulaan.
Dengan tema "Pembukaan IKEA Cheras yang baharu", IKEA kini dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam, manakala hari Sabtu dan Ahad waktu operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 11 malam.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Bengt G Carlsson #Cheras #IKEA Malaysia #Sweden