KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh G Capital Bhd (GCAP), CM Creative Itinerary Sdn Bhd, memeterai perjanjian usaha sama dan pemegang saham dengan Innoprise Synergy Sdn Bhd dan Kerap Hijau Sdn Bhd untuk membangunkan projek kuasa hidro mini di Sabah.
GCAP dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa ini berkata pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk mengumpulkan sumber mereka secara kolektif dan mengumpulkan sekurang-kurangnya RM3 bilion untuk membangunkan projek kuasa hidro mini pertama berkuasa 200-megawatt (MW), yang akan dibiayai menerusi pengumpulan dana dan juga pinjaman bank.
Yayasan Sabah Group, pertubuhan milik negeri merupakan syarikat pegangan Innoprise manakala Kerap Hijau menerima kelulusan untuk menggunakan nama Sabah Renewable Energy Corporation Sdn Bhd (SREC).
SREC pada dasarnya mengendalikan kemudahan yang menjana tenaga elektrik dan dagangan am manakala Innoprise terlibat dalam mengurus dan mengendalikan pengagihan kuasa bebas.
Pengerusi Innoprise merangkap wakil Yayasan Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata GCAP adalah satu daripada pemain tenaga boleh diperbaharui utama di Malaysia dalam pembangunan jana kuasa hidro mini dan sudah pastinya merupakan aset bagi membantu Sabah mencapai wawasan Sabah Maju Jaya.
Beliau berkata usaha sama itu dijangka dapat merangsang transformasi Green Sabah di bawah wawasan Sabah Maju Jaya dan telah mengenal pasti lima skim kuasa hidro dengan anggaran kapasiti 65.3MW.
"Skim kuasa hidro mini itu selepas siap kelak dijangka dapat menyelesaikan krisis tenaga yang dihadapi penduduk Sabah selain menjana hasil tahunan sebanyak RM85 juta kepada pemegang saham.
"Kerjasama strategik dengan GCAP meningkatkan keyakinan kami untuk membawakan impak positif kepada Sabah dari segi sosio ekeonomi (status) selain memulihara alam sekitar," katanya.
Lima skim kuasa hidro itu adalah skim kuasa hidro Sg Bayoyo (Sg Bunsit), skim kuasa hidro Sg Rayoh, skim kuasa hidro Sg Mokodou, skim kuasa hidro Sg Wariu dan skim kuasa hidro Sg Panataran (Sg Melangkap).
Sementara itu, Pengarah Eksekutif GCAP Datuk Yap Yee Ping berkata projek tersebut akan menjadi penerokaan sulung kumpulan itu dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui di Sabah dan Sarawak.
Menerusi kerjasama dengan Innoprise dan SREC, kumpulan itu yakin akan berjaya mengumpulkan dana bagi membangunkan projek kuasa hidro mini tersebut, katanya.
"Pembangunan bersama projek kuasa hidro mini di Sabah itu sejajar dengan sasaran Malaysia untuk mencapai 31 peratus bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam gabungan kapasiti nasional menjelang 2025.
"GCAP akan menonjol sebagai satu daripada pemain tenaga boleh diperbaharui utama di Malaysia, menawarkan penyelesaian tenaga lestari dan menambah baik prestasi kewangan, kedudukan kewangan dan reputasi kumpulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kanan) ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Ke Arah Tenaga Hijau. - Foto BERNAMA
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.