GCA masuki tahun kelima, jadi penanda aras keperluan dan kehendak pasaran kerja

Israr Khalid
Jun 19, 2023 14:00 MYT
Peluang kerja yang anjal dan keseimbangan kerja-kehidupan adalah ciri pekerjaan yang sangat dicari dan dihargai ketika ini, menurut dapatan Graduates Choice Award (GCA) 2023 anjuran Talentbank.
PELUANG kerja yang anjal dan keseimbangan kerja-kehidupan adalah ciri pekerjaan yang sangat dicari dan dihargai ketika ini, menurut dapatan Graduates’ Choice Award (GCA) 2023 anjuran Talentbank.
Anugerah penjenamaan majikan siswazah paling berwibawa di Asia Tenggara itu turut mendedahkan bahawa terdapat peningkatan ketara terhadap permintaan gaji para graduan iaitu di antara RM3,000 ke RM3,500.
Begitupun, para majikan juga ada tuntutan mereka untuk menjamin tenaga kerja yang diambilnya benar-benar layak diberikan bayaran sedemikian.
Menurut dapatan GCA 2023 lagi, majikan meletakkan kesediaan graduan baharu untuk melangkah ke alam pekerjaan pada skala 6 daripada 10, dengan meletakkan kemahiran komunikasi dan interpersonal bersama sikap yang positif sebagai ciri paling utama yang perlu ada pada diri mereka.
Justeru, anugerah itu turut menyarankan supaya universiti perlu lebih mendekati para pelajar, terlibat dengan lebih aktif bersama mereka dalam proses meneroka cara alternatif menyediakan pelajar untuk pasaran kerja.
Ini menekankan bahawa pentingnya memupuk kedua-dua kemahiran teknikal serta insaniah dalam kalangan pelajar, menyediakan mereka untuk peralihan yang lancar ke dalam tenaga kerja.
GCA didorong oleh undian secara kolektif daripada lebih 200,000 graduan dari lebih 100 institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara, yang mana keputusannya adalah diperakui secara bebas oleh satu panel ahli audit untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaannya.
Keputusan GCA 2023 menyorot industri-industri paling popular untuk pengambilan kerja termasuk perbankan, kejuruteraan, teknologi, perakaunan dan elektronik, menyasarkan untuk membimbing graduan baharu kepada laluan kerjaya yang paling menguntungkan.
Senarai penuh Majikan Graduan Paling Menjadi Pilihan tahun ini, klik pautan ini:
https://www.graduateschoiceaward.com/winners-2023/
Dengan menonjolkan industri-industri terbaik, GCA tidak hanya membantu graduan membuat keputusan termaklum, malah turut membolehkan sektor-sektor berkenaan menarik bakat-bakat terbaik yang akhirnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia.
Bersempena penganjuran kelimanya tahun ini, GCA memperkenalkan kategori baharu, “Juara untuk 5 Tahun Berturut-Turut,” mengiktiraf dedikasi dan usaha para majikan cemerlang dalam mempertingkatkan jenama mereka di universiti-universiti seluruh Malaysia.
Antara pemenangnya ialah AIA Berhad, Maybank, Nestlé, dan Petronas.
Pengasas GCA dan Talentbank, Ben Ho menekankan bahawa GCA mahu memainkan peranan berimpak tinggi dalam menambah baik landskap kebolehpasaran negara dengan menyediakan pemahaman kepada majikan untuk mempertingkatkan strategi penjenamaan mereka.
Dengan menyediakan wawasan berharga terhadap kecenderungan dan jangkaan para profesional muda, GCA membantu organisasi mengadaptasi dan melonjak dalam landskap bisnes yang sentiasa berubah.
Tatkala persaingan mendapatkan bakat-bakat terbaik semakin hebat, adalah penting untuk majikan memahami apa yang menarik minta para graduan seterusnya mewujudkan sebuah persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan, pembelajaran dan kejayaan karier jangka panjang.
Sejak diperkenalkan pada 2018, GCA berjaya mencapai lebih 500,000 graduan dan mengiktiraf lebih daripada 300 organisasi besar, hasil tumpuannya terhadap keterangkuman dan kepelbagaiannya yang mengiktiraf majikan dari pelbagai industri.
Sebanyak 50 industri cemerlang yang diwakili dalam GCA 2023 termasuk perakaunan dan perkhidmatan perofesional, perbankan, e-dagang, elektronik, kejuruteraan, barangan pengguna bergerak pantas, syarikat berkaitan kerajaan, minyak dan gas, pembangunan hartanah, runcit, perkhidmatan kongsi, teknologi ICT, telekomunikasi, dan banyak lagi.
Liputan luas ini memastikan graduan daripada latar belakang yang pelbagai dan minat yang bermacam dapat mencari pilihan karier yang sesuai.
GCA diteruskan pada tahun hadapan di mana , menjemput semua pragraduan dan graduan untuk menyertai pemilihan ini di https://www.graduateschoiceaward.com/vote/.
Hadiah-hadiah hebat menanti anda yang bertuah terpilih untuk membawa pulang computer riba Apple Macbook Air, peranti Microsoft Surface Pro dan telefon pintar Samsung Galaxy S23. Ayuh!
#GCA #TALENTBANK #peluang kerja #Anugerah penjenamaan majikan siswazah
;