Gas helium: Kaji semula prosedur operasi standard penggunaan - Dr Subramaniam
Astro Awani
Oktober 22, 2016 20:33 MYT
Oktober 22, 2016 20:33 MYT
Kementerian Kesihatan cadang supaya prosedur operasi standard (SOP) penggunaan belon berisi gas helium di majlis rasmi dikaji semula bagi mengelak insiden letupan belon di Kuala Terengganu berulang.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berpendapat kemungkinan insiden tersebut berlaku kerana kekurangan pengetahuan berkenaan penggunaan gas itu.
Beliau turut berharap penggunaan belon jenis itu dipantau.
Beliau mengulas insiden belon berisi gas helium meletup ketika program Hari Penglihatan Sedunia di Kuala Terengganu.
Insiden menyebabkan 31 cedera, termasuk lapan kanak-kanak parah.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.