Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa

Bernama
Januari 12, 2024 21:23 MYT
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.10 pagi membabitkan kejadian kebocoran gas asid tulen dalam sebuah tangki berukuran 20 tan metrik.
SEPANG: Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.10 pagi membabitkan kejadian kebocoran gas asid tulen dalam sebuah tangki berukuran 20 tan metrik.
Susulan itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digegaskan ke lokasi itu pada 4.40 pagi bagi kerja-kerja pemantauan.
Operasi turut dibantu sembilan anggota daripada JBPM Selangor dan KLIA bersama dua jentera.
"Bomba juga berjaya memindahkan 10 tan metrik gas ke dalam tong gantian yang disediakan oleh pihak kilang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#kebocoran gas #KLIA #JBPM Selangor #Hazmat
;