Garis panduan hiburan bukan paksaan: Jakim

Hafiz Marzukhi
April 20, 2015 15:40 MYT
OTHMAN: Kami hanya ingin memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat mengenai bentuk hiburan yang diterima dalam Islam
Garis panduan hiburan dalam Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya bersifat rujukan tanpa unsur paksaan.
Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, garis panduan ini dibuat untuk membantu para penganjur dan pihak penerbit menyusun program hiburan yang menepati tuntutan syariah.
"Kami hanya ingin memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat mengenai bentuk hiburan yang diterima dalam Islam," kata beliau dalam satu sidang media oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Bangunan Jakim di Putrajaya tengah hari tadi.
BACA: Jakim sedia beri penjelasan tentang garis panduan hiburan
Beliau berkata, pihaknya telah menerbitkan edisi kedua panduan tersebut pada tahun lepas untuk menambah baik panduan yang dikeluarkan pada 2007.
"Penambah baikan ini lebih fokus dan mengambil kira keadaan dan perkembangan dunia hiburan masa kini," ujarnya.
Apabila ditanya sejauh mana garis panduan ini diamalkan, Othman berkata pihaknya berpuas hati dengan sambutan setakat ini.
"Banyak pihak termasuk golongan artis dan penerbit merujuk kepada kami sebelum melaksanakan program dan kami menggalakkan tindakan ini," tambahnya.
BACA: Garis panduan hiburan oleh Jakim perlu difatwakan - Fathul Bari
BACA: Apa kata media sosial tentang garis panduan hiburan terbaru Jakim?
#garis panduan #hiburan #JAKIM
;