Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini

Farhana Joni
Februari 28, 2021 22:45 MYT
Ini antara berita tumpuan sepanjang Februari 2021. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.
Antaranya ialah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan kerana seperti semua sedia maklum, angka jangkitan COVID-19 di negara ini telah pun mencecah empat angka!
Keadaan itu menuntut semua pihak supaya bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi melandaikan semula keluk graf penyakit tersebut.
MALAYSIA MENERIMA VAKSIN PFIZER - BIONTECH DAN SINOVAC
Selepas pelbagai strategi dirangka seperti kawalan sempadan, larangan rentas negeri dan daerah, sekatan jalan raya, prosedur operasi standard (SOP) yang pelbagai dan penutupan beberapa sektor ekonomi, akhirnya Malaysia menerima jua vaksin COVID-19.
Menariknya, kerajaan Malaysia berjaya mendapatkan dua jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech serta Sinovac dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu pertama yang menerima suntikan tersebut.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar
BACA: PM disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula
PELAJAR KOLEJ 'CARI DUIT' MENERUSI SUGARBOOK?
Ketika negara berperang dengan COVID-19, turut dikejutkan dengan isu sosial yang melibatkan aplikasi Sugarbook.
Berita itu pastinya menyedihkan lebih-lebih lagi apabila Malaysia turut disenaraikan di kedudukan ketiga tertinggi di Asia, bagi negara yang mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi itu.
BACA: DBKL arah iklan 'Sugarbook' di Bangsar dan Bukit Kiara ditarik serta-merta
BACA: Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
BACA: Pengasas Sugarbook ditahan semula, bantu siasatan kes rogol, persundalan
SPM 2020 BERMULA... TAPI ADA DAKWAAN SOALAN BOCOR PULA
Pastinya ramai ibu bapa dan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 terkejut apabila membaca mengenai dakwaan kertas soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah bocor.
Dakwaan itu menyebabkan beberapa pihak mencadangkan tiada keperluan untuk 401,105 calon SPM menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
BACA: SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
BACA: Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
JANNA NICK MOHON MAAF ISU 'LISA BLACKPIG'
Sementara itu, dalam industri hiburan pula kecoh dengan serangan balas warga maya terhadap Janna Nick susulan tindakan pelakon itu didakwa mempersendakan nama salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular, Lisa Blackpink, dalam telefilem arahannya.
BACA: Berhenti sebar berita palsu, #SorryFromMalaysia trending di media sosial
BACA: Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
#Perdana Menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #Janna Nick #Lisa BLACKPINK #SPM #sugarbook #Pfizer-BioNTech #Sinovac
;