Garis Masa: Apa yang berlaku sepanjang April 2021?

Farhana Joni
April 30, 2021 18:41 MYT
Suka, duka dan pelbagai cerita sepanjang April 2021. - Gambar Astro AWANI
SEPANJANG 30 hari bulan ini, pelbagai perkara suka dan duka telah berlaku di dalam serta di luar negara.
Ia termasuk isu melibatkan prosedur operasi standard (SOP), penguatkuasaan kompaun di bawah Akta 342, jumlah jangkitan kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari dan pemberian vaksin kepada golongan yang layak.
Jom soroti bersama tumpuan utama berita-berita penting sepanjang April ini bersama kami.
1. BACA: Mungkin boleh rentas negeri, daerah jika sudah terima dua dos vaksin - Muhyiddin
Memulakan hari pertama April dengan berita ini, pastinya mengujakan banyak pihak terutama barisan hadapan yang telah menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19.
2. BACA: Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli baca Berita Perdana Khas RTM
Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas.
3. BACA: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Zahid tersebar
Satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial pada 7 April lalu.
Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.
4. BACA: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Sejumlah 83 kluster COVID-19 melibatkan 4,868 kes dilaporkan berlaku dalam sektor pendidikan sepanjang tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.
5. Tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 milik Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: Kesemua 53 anak kapal selam meninggal dunia - TNI
Misi latihan penembakan torpedo di perairan Bali Utara pada 21 April berakhir dengan pengumuman oleh Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto yang memaklumkan bahawa kesemua 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 telah terkorban.
Nanggala 402 | Perkembangan kapal Selam Nanggala 402
BACA: Kapal selam Nanggala 402: Video viral kru nyanyi 'Sampai Jumpa' buat netizen sebak
Pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.
6. Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April, jam 6.21 pagi.
BACA: Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki
Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
7. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
BACA: Azlan ganti Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis - Zahid
BACA: Shahidan adakan sidang media, jelaskan pendirian politik
Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media.
8. BACA: Ingkar SOP: Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000
Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
BACA: Lepas dikompaun RM60,000, Neelofa nak moreh "burger"
BACA: Kronologi kes Neelofa dari hari nikah hingga dikompaun RM60,000
Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga berkenaan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
9. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021, sementara Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 pula dibatalkan.
UPSR telah dicadang dimansuhkan sejak 2009 - Razali Ibrahim
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas berkata. tiada peperiksaan ganti bagi ujian murid Tahun 6 itu.
BACA: UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan
10. "Tahun ini akan menentukan karier saya." Itu laungan semangat pelumba negara Hafizh Syahrin yang terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan kepadanya, dan terbaharu, tajaan oleh Grantt Lubricants untuk bantu membiayai perjalanannya bagi musim 2021.
MotoGP | Karier Hafizh Syahrin ditentukan tahun ini
#garis masa #Siti Nurhaliza #Neelofa #KRI Nanggala 402 #Akta 342 #SOP #COVID-19 #AstraZeneca #RTM #Anwar Ibrahim #Zahid Hamidi #UMNO #UPSR #PT3
;